Tampilkan postingan dengan label anwar. Tampilkan semua postingan

Anwar janji henti kontrak Petronas Mokhzani Mahathir jika Pakatan menang PRU13
Label: anwar, henti, janji, jika, kontrak, mahathir, menang, mokhzani, pakatan, petronas, pru13
GERIK, — Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013.
Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang (gambar) itu mengkritik hebat musuh ketatnya kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani.
“Pertama, dalam masa 24 jam Pakatan bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara,” katanya kepada ribuan orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak.
“Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib.
“Najib takut kepada Ente tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada Ente atau membalas dendam, tetapi kontrak berbilion ringgit yang diberikan kepada anak anda, saya hentikannya, saya mahu memberinya kembali kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara, “ katanya.
Ada yang takut keakraban PAS DAP Anwar
Label: ada, anwar, dap, keakraban, pas, takut, yangHarakahdaily
Umno takut keakraban PAS-DAP - Anwar
PERMATANG PAUH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN sangat takut dengan keakraban komponen parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara PAS dan DAP.
Menurutnya, selagi keakraban antara parti-parti ini kuat, selagi itu Umno BN takut untuk mengumumkan tarikh pilihan raya.
Sebab itu katanya, Umno BN sekarang ini sedang sedaya upaya cuba memecahbelahkan kedua-dua parti ini dengan memainkan pelbagai isu yang boleh menimbulkan pertentangan.
"Umno BN menanti perpecahan dalam Pakatan rakyat diantara DAP dengan PAS atau PKR baru mereka dapat menyusun semula strategi sepertimana lazimnya.
"Berbagai isu dicanangkan namun tidak merosakan benteng antara DAP dan PAS. Itulah kekuatan kita yang terjalin atas sikap tanggungjawab terhadap kestabilan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumah terbuka Aidil Fitri Parlimen Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti di halaman Pejabat Pusat Khidmat Dun Penanti semalam.
Tambah beliau lagi, pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu untuk mengikut tarian perkauman Umno BN sebaliknya melipat gandakan usaha mewujudkan suasana harmoni kalangan kaum.
Jika kita tidak melatah katanya, apa isu yang dibangkitkan Umno BN akan mati begitu sahaja.
"Biarkan Umno BN menari seorang dengan berbagai gaya, kita jangan ikut sebaliknya memerhati dengan serius mudah-mudahan mereka letih sendiri.
"Pakatan Rakyat teruskan usaha mendekati rakyat di samping kemaskan jentera di semua peringkat, " tegasnya.