Tampilkan postingan dengan label bekalan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bekalan. Tampilkan semua postingan
98 637 Rumah Terjejas Bekalan Air
Label: 637, 98, air, bekalan, rumah, terjejas
KUALA LUMPUR – Sebanyak 98,637 premis termasuk rumah kediaman di sekitar Lembah Klang dijangka mengalami gangguan bekalan air bersih bermula hari ini berikutan kejadian Rumah Pam Wangsa Maju gagal berfungsi sejak pukul 4 petang semalam.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, kegagalan rumah pam itu berfungsi menyebabkan kolam simpanan air utama Syabas mengalami penurunan paras air yang kritikal.
“Rumah Pam Wangsa Maju mengalami masalah pada sistem bekalan elektrik utama walaupun kesemua pam beroperasi dalam keadaan baik. Syabas sedang berusaha memperbaiki masalah yang berlaku bagi membolehkan pam dapat beroperasi seperti biasa.
“Bagaimanapun, tempoh baik pulih belum dapat ditentukan maka Syabas terpaksa mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau bagi kawasan Kuala Lumpur dan Gombak pada pukul 8 pagi ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Priscilla memaklumkan kawasan yang dikenal pasti terlibat dengan gangguan bekalan air itu di ibu negara termasuk Flat DBKL Datuk Keramat, Taman Bakti, Jalan Padang Tembak, Taman Nirwana, Jalan Semarak, Kampung Pandan Dalam, Jalan Gurney, Taman Cahaya, Kementah, Pandan Cahaya, Pulapol, Taman Dagang, Wisma Tanah , Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Pusat Latihan Telekom, Taman Kobena, Jalan U Thant, Desa Pandan, Jalan Ampang Hilir, Flat Sri Melaka, Taman Pandan Jaya, Jalan Kent Taman Cempaka dan Taman Putra Sulaiman membabitkan sebanyak 29,375 akaun pengguna.
Gangguan turut berlaku di Kampung Baru Ampang, Kampung Pinggir Tiga Jaya, Kampung Melayu Ampang, Kampung Tengah Lembah Jaya, Taman Hillview, Lembah Jaya Utara, Bukit Jobina, Lembah Jaya Selatan, Taman Datuk Ahmad Razali, Sri Rampai, Taman Bukit Indah, Taman Ampang, Taman TAR, Taman Dagang Permai, Kampung Tasek Permai, Taman Pandan Ria, Ukay Heights, Taman Permai Jaya, Ampang Jaya, Taman Permata, Dataran Ukay, Taman Saujana Ampang, Pinggiran Ukay, Tasek Tambahan, Sri Ukay, Taman Ampang Mewah, Beverly Heights, Taman Ampang Utama, Ampang Indah, Taman Bukit Ampang, Ampang Saujana dan Taman Cahaya Ampang.
Turut terjejas adalah Ampang Water Front, Taman Dagang Jaya, Bandar Baru Ampang, Taman Halaman, Bukit Ampang Permai, Taman Kesuma Ampang, Bukit Indah, Taman Kosas, Desa Lembah Permai, Taman Mulia Jaya, Desa Setapak, Taman Rasmi Jaya, Jalan Ampang, Taman Sri Ampang, Kampung Bukit Sungai Puteh, Taman Watan, Keramat AU 1 hingga AU 5, Wangsa Melawati, Kampung Ampang Campuran, Bukit Antarabangsa, Kampung Indah Mulia, Ukay Perdana, Kampung Kemensah, Ukay Bistari, Kampung Lembah Jaya dan Kelab Ukay membabitkan 62,588 akaun pengguna.
Beliau dalam pada itu menjelaskan, Syabas telah menyediakan sebanyak 42 buah lori tangki dan 525 tangki statik untuk membantu membekalkan air ke kawasan terjejas dan meminta orang ramai menggunakan air secara berhemah yang diterima bagi mengelakkan pembaziran.
“Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh melayari laman web www.syabas.com.my atau membuat aduan terus di laman Facebook atau Twitter Syabas dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.
“Orang ramai boleh juga menghantar sebarang aduan atau pertanyaan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL<jarak>aduan / pertanyaan dan hantar ke 39222 atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252,” katanya lagi.