Tampilkan postingan dengan label bishop. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bishop. Tampilkan semua postingan
Kalimah Allah Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Ketua Bishop
Label: allah, bishop, kalimah, ketua, mahkamah, permohonan, rayuan, tolak
Putrajaya – Mahkamah Rayuan sebentar tadi menolak permohonan Ketua Bishop Roman Katolik Kuala Lumpur untuk membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Katholik, The Herald menggunakan kalimah Allah.
Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Roman Katolik bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan Kristian dalam majalah mingguannya.
Dalam penghakimannya pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan mengisyhtiharkan keputusan Menteri Dalam Negeri melarang Herald menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam edisi Bahasa Malaysianya yang diterbit khusus untuk rakyat Sabah dan Sarawak, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Pada 16 Februari 2010, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan gereja serta menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.
Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Jan 2009 berhubung larangan itu adalah tidak sah, dan kalimah ‘Allah’ bukanlah eksklusif kepada agama Islam.
Majalah mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan untuk ‘God’ bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah ‘Allah’ hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.