Tampilkan postingan dengan label boleh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label boleh. Tampilkan semua postingan
Simple Text SMS Yang Boleh Buat Gf Korang Senyum Sampai Ketelinga!
Label: boleh, buat, gf, ketelinga!, korang, sampai, senyum, simple, sms, text, yangHello peeps...





Perempuan , benda simple pun boleh buat kita gembira dan senang hati kan? Tak susah pun lelaki nak ambik hati wife/girlfriend. Tak perlu usaha sangat keras untuk buat gadis anda happy you know. Tak semua perempuan mengharapkan sesuatu yang besar. contoh macam nak makan kat restaurant mahal je, nak hadiah mahal-mahal je . Tak semestinya. Perempuan suka attention. Tumpuan yang kecik pun dah cukup sebenarnya. Benda yang lelaki selalu kata susah sangat tu sebenarnya simple je.
Ni nak bagi contoh text dari lelaki yang buat wanita flattered...hihi
Lets say kalau pasangan korang mengadu kesedihan dan dia memang tengah sedih...
Bila perempuan mengadu dalam kesedihan, time tu lah dia perlukan the most attention. Time tu lah kau sebagai soulmate dia kena sediakan bahu dan sedia nak dengar rintihan dia. Tapi ada je lelaki yang aku tahu,layan girlfriend dia macam kayu. Bila partner sedih, buat tak tahu je dan nak cepat habiskan conversation sedih and cut it short. Time sedih taknak terima, time gembira je nak. Mana boleh uols. Kalau lelaki sedih pun, mesti nak tumpuan dan bahu kan ? :)

Cara tenangkan yang sangat sarcastic ? no good. .Orang tengah sedih, at least bagi la semangat.
Lets say kalau kau busy gila....
Semua orang ada life. Semua orang sibuk dengan hidup masing-masing kan ? Tapi kalau dalam relationship, aku rasa aku tak boleh terima tak contact langsung partner dengan alasan busy gila. Kerja apa lah tu sampai tak boleh nak update langsung. Orang kapal pun sempat hantar email/skype kat anak bini walaupun duduk tengah laut berbulan-bulan kot ye line call takde. Ini pula yang kat darat dan ada handphone dalam poket tu. Satu kali sehari pun ok ape.
Sebenarnya, asal tunjukkan kau teringat kat si dia pun dah cukup. Tak semestinya 24jam. Dalam kesibukan pun takkan tak teringat langsung. Tragis sungguh kalau dapat partner gini. :/

Ini kalau kat darat pun setakat busy tengok bola pun tak boleh nak update gf langsung. Sedih lah kita perempuan semua. wuuuu. nangis.
Lets say kalau bercerita tentang kecantikan perempuan lain.....
Perempuan memang suka tengok perempuan lain yang cantik. Bila dah tengok tu, mesti nak share dengan partner. Kadang-kadang saja je nak share nak tengok respond bf. hihi.

Di mata lelaki , perempuan lain pun mestilah ada yang cantik selain gf/wife sendiri. Tapi cara golongan bf respond kepada kecantikan perempuan lain tu yang sedikit mencabar kami sebagai perempuan. So, kadang-kadang saja je nak test. hewhew and ada je time di mana kita memang ikhlas pun nak puji seseorang tu depan bf kita tapi bila tengok cara bf kita respond sangat lain macam, kia pun tentu lah rasa cemburu. Nak nak kalau bf kita respond dan sentuh pasal sexuality. Contoh dialog : "haah, cun gila dia! sexy. body memang perghh!"
Lets say kalau gf anda sedang excited.....
Let say kalau gf korang tengah excited dan hati berbunga-bunga happy. Dan dia meluahkan rasa happy tu kat bf dia? Tentulah mengharapkan reply yang excited dan full of energy. Betul tak ? Katakan , bila gf anda sedang excited nak beritahu anda tapi anda respond macam kayu? Seolah anda tak hirau dan tak excited .

Imagine anda dapat keputusan cemerlang then anda excited nak kongsi dengan mak anda tapi mak anda kata "oh yeke. ok la tu". Sedih kan ? Macam tu la perasaannya. Lebih kurang. Kat semua orang pun tak patut buat macam tu. Tentu orang akan kecik hati kalau diberi respond macam tu. At least join la the happiness.
Lets say kalau nak end the conversation dengan gf.......
Macam mana korang akhirkan perbualan dengan pasangan ? Selain Assalamualaikum? Atau biar saja tergantung terus say bye?

Berebut nak putuskan perbualan. hewhew. "bye" sangat tak sweet. Tapi at least bye better dari tak reply terus. tapi kalau tertidur dan tak sempat reply, ok ler.
Sebenarnya entry ini applies to both guys &and girls tapi saya rasa entry ni banyak lebih untuk lelaki. sebab perempuan takde masalah untuk bagi perhatian untuk parther even busy sekalipun. Kalau tengah shopping tu, sempat je nak hantar text satu . kan ?hehe :) By the way, perempuan memang complex, sebab tulah benda simple dan kecik macam texts kat atas ni boleh buat gadis besar hati. Kita perempuan very detail dan hargai benda simple yang detail.:)
Happy reading and have a nice day... :)
from Namee
Mesti Baca!! Gelagat Orang Muda Baru Kahwin Yang Boleh Buat Anda Ketawa
Label: anda, baca!!, baru, boleh, buat, gelagat, kahwin, ketawa, mesti, muda, orang, yang
Mesti Baca!! Gelagat Orang Muda Baru Kahwin Yang Boleh Buat Anda Ketawa | Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang.
Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih.
Entah dari mana la datangnya.
Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la.
Lepas tu terus kami kahwin.
Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami.
Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.
Eiiiii… geramnya aku!!!
Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku.
Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku.
Haihhh… memang sakit hati.
Baju baru kot, mahal lagi!!!
Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna.
Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…”
Eiii… geramnya aku!!!
Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping.
Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan.
Lepas tu nak jadikan cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!..
Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh.
Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul!
Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je.
Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!!
Huhh. Memang sakit hati betul!!
Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana?
Kenapa call tak angkat??!!
Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang…
Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa handset… hehe..
” Eiiii… geramnya aku!!!!
Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.
Ok fine. Aku masak je.
Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan.
Aku hidang bagi dia makan.
Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa.
Tapi dia diam.
Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan.
Habis makan pun tak kata apa.
Aku pun confius.
Dia ni takde respons. Sedap ke tak??
Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah.
Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..
Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal.
Tak boleh start. Panik gak la aku time tu.
Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh…
Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal.
Then, aku call dia.
Yang aku tak boleh tahan tu....
Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan ke??….
” Eiii… geramnya aku!!!
Tapi dia datang jugak lepas tu.
Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh.
Dan lepas start terus boleh…
Hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…
Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas.
Dia kata pergi sekejap je.
2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah.
Dia nak pi buat keja dia.
Takkan nak kata tak boleh kot.
Kerja arkitek biasalah. Busy la kot.
Tapi memang agak sakit hati jugak lah.
Boleh dia lesap macam tu je.
Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke.
Tapi memang hampeh!!.
Langsung dia tak call!!
Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de.
Kosong inbox!!
Eiii… geramnya aku!!!
Pagi tu aku basuh baju.
Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna.
Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh.
Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu.
Jeng Jeng Jeng.......
Huishh siap dengan surat lagi.
Suratnya berbunyi begini:
Kehadapan isteriku yang tersayang...
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.
Jangan marah-marah ek.. hehe..
Saya bukannya apa, saja tulih surat nih..
Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi
Pertama sekali saya nak bagi tau lah.
Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak.
Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..
Eh...awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!!
Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha…
Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’.
Comel sangat… Iskk..
Awak ni.. tak perasan ke??
Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh.
Memang saja je saya tak mau bawa handset time tuh… hihi..
Takut terkantoi.
Ye la saya pi cari baju awak kot!!
Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh??
Huh… memang tension.
Susah betul nak cari.
Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi…
Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm…
Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu…
Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.
Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot.
Ikut jam dinding kat rumah kita.
Iskk..awak ni.. tak perasan ke??
Keempatnya time keta awak rosak… hmm.
Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!!
Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik.
Tau tak saya langgar semua traffic light merah!!
Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??
Iskk..awak ni.. tak perasan ke??
Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas.
Saya lagi seronok.
Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2??
Saya memang saja je tak call awak…hihi…
Tapi saya ok je.
Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…
“Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “
Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)
Last but not least.
Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi
Love,
Suamimu.......
Sumber