Tampilkan postingan dengan label hari!. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hari!. Tampilkan semua postingan

Sejarah Kesesakan Jalan Raya Selama 12 Hari!

. Sabtu, 15 Maret 2014
0 komentar
Sejarah Kesesakan Jalan Raya Selama 12 Hari!


Kesesakan lalu-lintas yang sering berlaku di Malaysia biasanya berlaku untuk tempoh masa selama dua ke tiga jam sahaja.
Paling teruk berlakunya kesesakan lalu-lintas sewaktu orang ramai berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut satu-satu perayaan.
Kalau kesesakan lalu-lintas selepas pulang bekerja, itu boleh dikira sebagai perkara biasa.
Tapi tidak pada kesesakan yang berlaku di Lebuh Raya Beijing-Tibet.
Kesesakan itu merupakan rekod dunia pertama di mana memakan masa hampir 12 hari dan berlaku sejauh 260 kilometer!
Setiap kenderaan yang terkandas dalam kesesakan itu hanya mampu menggerakkan kenderaan mereka sejauh 1 kilometer sahaja.
Ia berlaku pada Ogos 2010 disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya sedang dilakukan ketika itu.
Jadi, terlalu banyak lori-lori mengangkut barang di sepanjang lebuh raya itu.
Apa yang menariknya, walaupun terkandas dalam kesesakan jalan raya yang teruk ketika itu, pemandu yang terperangkap dari wilayah Inner Mongolia dan Hebei menuju ke Beijing menyebabkan mereka membuang masa dengan tidur, bermain terup dan catur selain bersiar-siar.
Proses penyelenggaraan jalan raya itu siap sepenuhnya pada bulan hadapannya.
Percaya atau tidak?
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber Foto: billyinfo.blogspot
Read More..

60 Orang Bankrap Di Malaysia Setiap Hari!

. Kamis, 26 Desember 2013
0 komentar


PUTRAJAYA — Sebanyak 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Katanya kumpulan kedua tertinggi ialah berumur 45 hingga 54 tahun sebanyak 26.49 peratus, 25 hingga 34 tahun 20.09 peratus serta 55 tahun dan ke atas 11.77 peratus.

“Sehingga September (tahun ini sahaja) sebanyak 16,306 orang diisytiharkan bankrap dan jumlah kes tersebut terus meningkat setiap tahun. Dari 2007 hingga September tahun ini pula, seramai 116,488 orang diisytiharkan bankrap,” katanya. (Minat membeli-belah Online? Tidak perlu mencari-cari di banyak tempat…lawati MyOnlineMall dan klik banner pilihan – Klik)

Nancy berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sijil pelepasan kebankrapan kepada 30 orang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Rohana Abd Malek.

Katanya sejak MdI ditubuhkan pada 1924 hingga September tahun ini, sebanyak 251,209 orang disahkan bankrap, dan daripada jumlah tersebut hanya 28 peratus sahaja telah mendapatkan khidmat nasihat MdI bagi meneruskan pentadbiran kes, manakala selebihnya tidak dapat dikesan.

Mengikut statistik MdI, seramai 13,238 orang dikategorikan bankrap pada 2007, diikuti 13,855 orang pada 2008; 16,228 orang 2009; 18,119 orang 2010; 19,167 orang 2011; dan 19,575 orang pada 2012, dengan mereka yang menceburi sektor swasta dan berniaga menunjukkan peratusan tertinggi.

Dalam tempoh masa tersebut (2007-2013), kaum Melayu dan Cina merupakan kumpulan terbesar menjadi bankrap iaitu masing-masing mencatatkan 45.10 peratus (52,535 orang) dan 32.97 peratus(38,407 orang), berbanding India 12.63 peratus (14,710 orang) dan lain-lain sebanyak 9.30 peratus (10,836 orang).

Sementara bagi kategori pula (2007-2013), sewa beli kenderaan mencatatkan jumlah tertinggi kebankrapan iaitu 30,451 kes (26.14 peratus); diikuti pinjaman perumahan 20,529 kes (17.62 peratus); pinjaman peribadi 18,053 kes (15.50 peratus); dan pinjaman perniagaan 14,431 kes(12.39 peratus).

Statistik MdI juga menunjukkan bahawa hutang kad kredit hanya 4,875 kes (4.18 peratus) bagi tempoh masa tersebut.

Mengulas lanjut, Nancy berkata kebankrapan bukan penghujung hidup sebaliknya ia boleh menjadi pelindung apabila seseorang gagal untuk membayar hutangnya kepada pemiutang atas pelbagai faktor.

Katanya di negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, masyarakat menjadikan kebankrapan sebagai pelindung dengan memfailkan permohonan kebankrapan dan membuat penstrukturan semula hutang.

“Budaya inilah yang mahu diterapkan dalam kalangan rakyat kita. Kita tidak mahu rakyat yang hanya tahu berhutang tetapi akhirnya lari daripada tanggungjwab pinjaman yang telah dibuat.

“Bagi Januari hingga September sahaja, sebanyak 27,432 petisyen kebankrapan telah difailkan di mahmakah.

“Daripada jumlah tersebut 99.2 peratus (27,210 kes) petisyen kebankrapan dibuat oleh pemiutang, manakala 221 kes (0.8 peratus) sahaja petisyen kebankrapan dipohon penghutang sendiri,” katanya.

Bagi mereka yang mengalami bebanan hutang dan kesukaran membayar balik jumlah hutang yang tinggi, katanya kerajaan di bawah Bank Negara telah menubuhkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (APKP)yang berperanan dalam pendidikan kewangan, kaunseling kewangan dan pengurusan kredit.

Selain itu katanya, undang-undang kebankrapan sedia ada juga sedang dalam proses pembaharuan agar tidak ramai lagi yang menjadi mangsa kebankrapan.

sumber:
Read More..