Tampilkan postingan dengan label pendatang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pendatang. Tampilkan semua postingan

TERMA TERMA SURUHAN JAYA DIRAJA RCI PENDATANG HARAM DI SABAH

. Rabu, 01 Januari 2014
0 komentar

Ahad, 12 Ogos 2012


Lima ahli panel akan dipengerusikan oleh  bekas hakim Sabah
naib canselor  Universiti Malaysia Sabah, Datuk Seri Prof Dr Kamaruzaman 
Ampon; bekas peguam  negeri Sabah, Tan Sri Herman J. Luping;
bekas timbalan pengerusi Yayasan  Pencegahan Jenayah Malaysia dan bekas
ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Poy-Wu; dan bekas setiausaha 
negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa.  
Terma-terma RCI tersebut adalah:

1. Untuk menyiasat berapakah jumlah  pendatang haram di Sabah
 yang diberikan kad pengenalan biru atau status  kewargenegaraan;

2. Untuk menyiasat apakah pemberian kad pengenalan atau status 
kewargenegaraan mengikut undang-undang;

3. Untuk menyiasat apakah pihak yang  menerima kad pengenalan atau status
kewarganegaraan termasuk dalam daftar  pengundi di Sabah dengan mengikut
undang-undang;

4. Untuk menyiasat apakah pihak berkuasa sudah mengambil tindakan atau 
membuat penambahbaikan mengikut kaedah dan  regulasi prosedur 
standard operasi (SOP) untuk mencegah sebarang kecurangan  
mengikut undang-undang;

5. Untuk melakukan siasatan terperinci  mengenai SOP, kaedah dan regulasi
pemberian kad pengenalan biru atau status
kewarganegaraan kepada orang asing di Sabah dengan mengambil kira norma
antarabangsa dan standard yang digunapakai yang bersesuaian dengan
Malaysia, dan akan mencadangkan perubahan kepada prosedur sedia ada;

6. Untuk menyiasat apakah yang menyebabkan pertumbuhan populasi di
Sabah mengikut kategori berikut:
a) Rakyat Sabah yang menetap dinegeri  tersebut termasuk mereka yang 
 diberikan  kad pengenalan biru atau kewargenegaraan  mengikut surat beranak 
(mendaftar lambat);
b) pekerja asing (termasuk ahli keluarga);
c) pendatang haram (termasuk ahli keluarga); dan
d) pelarian
Untuk mengkaji kesan mereka terhadap  angka mereka yang mendaftar 
dan terdapat dalam daftar pengundi;

7. Untuk menyiasat kesan permasalahan  sosial terhadap rakyat Sabah 
 berkenaan  dengan pemberian kad pengenalan biru  dan status kewa

8) Untuk menyiasat angka orang asing  tanpa kewarganegaraan di Sabah yang
diberikan kad pengenalan biru dan status  kewarganegaraan.
perlisnews
Read More..

Pastikan undi dari rakyat tempatan bukan pendatang – Wan Azizah

. Selasa, 10 Desember 2013
0 komentar

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 30 Jan: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, setiap rakyat harus bertindak sebagai ejen bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) untuk mengelak berlaku penipuan.
“Setiap dari kita adalah ejen, walau sekecil mana peranan, kita semua membantu dalam ke arah perubahan, untuk jadikan Malaysia lebih baik,” katanya.
Beliau berucap pada majlis makan malam untuk mengumpul dana menjelang PRU 13 anjuran Parlimen Lembah Pantai, di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, malam tadi.

Jelas Wan Azizah, rakyat perlu sedar dan tegas dalam mempertahankan hak mengundi dari diseleweng serta digunakan oleh pendatang asing.
“Dalam pilihan raya, kita semua perlu jadi ‘polis’, sekurang-kurang jadi Paca (polling and counting agent). Pastikan kemenangan kita, jangan biar orang asing ambil undi kita,” tegasnya disambut tepukan kira-kira 1,000 hadirin.

Isteri Ketua Umum KEADILAN itu turut menceritakan pengalaman beliau bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada 2004, dan menjadi mangsa penipuan Umno BN serta SPR.
“2004, saya hampir menang, tapi undi saya dibuang sebanyak lebih 400 untuk memberi kemenangan kepada pihak lawan. Masa 2007 baru pegawai SPR itu mengaku berbuat demikian,” jelasnya.
“Alhamdulillah, walaupun diseleweng, saya masih mendahului tetapi SPR tak puas hati. Dia suruh buat kiraan semula keesokan paginya. Sepanjang malam semua Paca berjaga di pos mengundi agar tidak berlaku penyelewengan,” cerita Wan Azizah.

Justeru, beliau menyeru sukarelawan pilihan raya nanti sentiasa mengawasi peti dan kawasan mengundi di tempat masing-masing.
“Jangan tinggalkan pos mengundi, ikut peti undi ke mana-mana saja,” katanya.
“Kita perlu menang, kerana perjuangan ini sudah 14 tahun. Ia sudah menjadi suatu pengembaraan buat kita, tapi ia belum berakhir. Biarlah ia berakhir dengan Malaysia yang lebih baik,” katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
Read More..