Tampilkan postingan dengan label pengawal. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pengawal. Tampilkan semua postingan

VIDEO Saat Norazita Ditembak Pengawal Bank

. Rabu, 18 Desember 2013
0 komentar

Video saat pegawai operasi bank Ambank Norazita Abu Talib ditembak kini sudah tersebar di laman internet menunjukkan bagaimana kejamnya, suspek Ardi Hamza dalam memenuhkan nafsunya ingin mengaut keuntungan segera.

Pastinya suspek yang juga seorang pengawal keselamatan gagal memegang amanah menjaga keselamatan bank dan asetnya dari sebarang bahaya sebaliknya dia yang membuat onar merompak wang sehingga sanggup membunuh.

Visual rakaman kamera litar tertutup menunjukkan mangsa sedang mungkin menyimpan wang untuk hari itu ke dalam bilik kebal sebelum tiba-tiba rebah dengan terdapat sedikit kesan terkena tembakan pada kepalanya.

Tanpa menghiraukan mangsa sudah tidak bernyawa, pengawal keselamatan itu menarik seorang staf jauh dari lokasi tembakan.

Si perompak tanpa sanggup melangkah mayat mangsa yang terbujur kaku dan secara rakus mengaut semua wang dalam beg yang dibawa sebelum melarikan diri dikatakan dengan motosikal tanpa diketahui.

Menurut seorang yang pernah bekerja di sebuah bank yang enggan dikenali, ketika kejadian mangsa sedang menyimpan wang selepas selesai proses membuat imbangan akaun dan kutipan seharian di bank itu untuk disimpan di dalam bilik kebal sebelum kes itu berlaku.

;

Read More..