Tampilkan postingan dengan label sabu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sabu. Tampilkan semua postingan

Skandal seks Mat Sabu saman Mashitah

. Selasa, 04 Maret 2014
0 komentar

Hafiz Yatim
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

Ia ekoran tulisan Mashitah dalam Sinar Harian bertajuk "Skandal seks, krisis politik Pakatan" pada 2 Mac tahun lepas.

Mashitah (kanan) seorang kolumnis di harian berbahas Melayu itu.

Ketua Pengarang Sinar Harian Norden Mohamed, penerbit Karangkraf Sdn Bhd dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd turut dinamakan sebagai defendan.

Saman itu difailkan pada 25 September.

Saman yang sama difailkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Artikel Mashitah itu antaranya didakwa menggambarkan Mohamad bertindak mendedahkan aurat kepada wanita bukan mahram dan pemimpin tidak bermoral.
 kerengga
Read More..

Mat Sabu Terima kasih kerana KL112 aman

. Senin, 03 Maret 2014
0 komentar
sinarharian
12 Januari 2013
Mat Sabu: Terima kasih kerana #KL112 aman
Suasana di Stadium Merdeka petang ini, yang menjadi lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat.
KUALA LUMPUR - Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan himpunan hari ini.

Mohamad berkata, himpunan itu yang turut dikenali dengan nama "#KL112" adalah rentetan daripada himpunan sebelum ini yang dibawakan oleh parti-parti dibawah Pakatan Rakyat.

"Terima kasih saya ucapkan kepada parti PR, Parti Sosialis Malaysia, semua NGO-NGO yang bertungkus lumus menjayakan HKR112.

"Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kerana mengizinkan kita berhimpun hari ini, dari perundingan dan pertemuan, mereka PDRM bekerjasama menjayakan majlis ini serta terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Dan lebih utama adalah tuan-tuan dan puan-puan yang menyertai HKR112 ini," katanya ketika berucap di hadapan 50,000 di Stadium Merdeka, hari ini.

Menurut beliau, #KL112 juga telah dan akan berlangsung di beberapa negara lain yang mana mempunyai rakyat Malaysia.

Katanya, PR jayakan himpunan itu dari 3 November lalu dan semalam adalah himpunan akhir seblum menuju ke Putrajaya.

Timbalan Presiden Pas itu turut mengucapkan terima kasih kepada peserta kerana berjaya masuk ke dalam stadium dengan aman.

"Kita datang dengan aman, dan berpisah nanti juga aman dan tenteram. Jangan langsung rosakkan harta awam. Biarlah yang melakukan kerosakan itu Barisan Nasional.

"Hari ini laman web proumno cakap kita bayar RM150 seorang. Betul ke bohong? Bukan kita bayar , tetapi kita mahu minta duit daripada tuan-tuan," katanya yang turut melancarkan derma bagi tabung membiayai program tersebut.
Read More..

Mat Sabu Sejuta akan sertai Bersih 4 0

. Senin, 17 Februari 2014
0 komentar
sinar harian
Jamilah Hamzah dan Fakhrurrazi Usuldin
14 Mei 2012
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendedahkan rancangan pihaknya akan melancarkan Bersih 4.0 jika sistem pilihan raya masih memperlihatkan kepincangan dan dijangka bakal dihadiri hampir sejuta peserta.

Bersih 3.0 diadakan 28 April lalu dengan kehadiran dikatakan antara 80,000 hingga 200,000. Tiada angka rasmi. Bersih 2.0 diadakan Julai lalu mananakala Bersih pada 2007.

"Pelajar yang turun dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah tunjukkan rasa marah terhadap pemerintah yang biarkan mereka tanggung hutang sebelum mendapatkan pekerjaan," katanya lagi.

Kebangkitan anak muda yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dalam memperjuangkan hak melalui beberapa pertubuhan telah mendapat sokongan banyak pihak.

Beliau yang popular dengan panggilan "Mat Sabu" melahirkan pendirian itu pada majlis Himpunan Pekerja bertemakan "Menjulang Martabat Pekerja" di Stadium Malawati di sini, malam tadi.

Dua hari lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga melahirkan pandangan yang sama bahawa pihaknya akan mengadakan perhimpunan Bersih 4.0.

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyarankan supaya wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu dipelawa membuat siasatan terhadap kekecohan yang berlaku ketika Bersih 3.0.

Katanya, pihaknya tidak mahu seorang bekas pegawai tertinggi polis mengetuai Panel Penasihat Khas yang dibentuk kerajaan minggu lalu.

"Rakyat tak bersetuju (bekas Ketua Polis Negara) Tun Hanif 0mar menjadi ketua siasatan (Panel Penasihat) bagi Bersih 3.0, kita mahu orang yang bebas daripada mana-mana parti dan mempunyai kepentingan tertentu," katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan senarai enam ahli panel penasihat bebas yang dipengerusikan Hanif bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lalu.

Dalam ucapannya, Kit Siang secara sinis mengatakan sama ada perhimpunan Umno boleh dibandingkan dan disamakan dengan perhimpunan Bersih 3.0.

"Pada 28 April lalu Bersih 3.0 dilihat satu sejarah bagi parti Pakatan Rakyat kerana dapat mengumpul kesemua rakyat tidak mengira kaum dari seluruh negara mengatasi hari ini (13 Mei) yang mencatat sejarah hitam kepada negara ekoran kejadian rusuhan kaum yang memuncak pada tahun 1969," tambah beliau merujuk kepada ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri, pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-66 pada Jumaat lalu.
Read More..