SINGAPURA - KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) menyemak program Pendidikan Seksualiti (SEd) yang ditawarkan kepada pelajar bagi menangani cabaran baru yang timbul akibat peredaran masa dan perubahan profil mereka.
Program SEd kini diperkaya dengan maklumat mengenai bahaya laman rangkaian sosial dan implikasi media baru selain mendidik pelajar mengenai hubungan sihat antara lelaki dengan wanita.
Mengumumkan demikian dalam sidang akhbar di bangunan Teachers Network di Grange Road semalam, Pengarah Agung (Pendidikan), Cik Ho Peng, berkata dalam konteks hari ini, pelajar lebih terdedah kepada keadaan yang membentuk pemahaman, nilai dan sikap mereka terhadap seksualiti.
"Justeru, penting bagi pelajar menerima maklumat yang objektif dan boleh dipercayai di sekolah dan sokongan sepanjang setiap tahap pembangunan diri yang mula terdedah kepada pengaruh dan tuntutan sekitaran luar," kata Cik Ho Peng.
SEd disampaikan menerusi kurikulum formal di sekolah seperti modul Sains dan Pendidikan Sivik dan Moral (CME) dan juga menerusi program Growing Years (GY) dan Empowered Teens (eTeens).
Program GY, yang diperkenalkan pada 2000, diajar kepada pelajar daripada peringkat darjah lima ke prauniversiti.
Dengan semakan terbaru itu, program GY kini turut mengetengahkan isu-isu berkaitan pengaruh media, hubungan di alam siber dan hubungan romantik dan hanya boleh diajar guru SEd yang telah dipilih dan dilatih.
Program eTeens pula menggantikan program Breaking Down Barriers (BDB) yang dimulakan pada 2007 dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (MOH), Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) dan MOE.
Ia melengkapi program GY dengan memberi pelajar maklumat mengenai penyakit jangkitan kelamin (STI) dan HIV, menerangkan kebaikan menggunakan perlindungan daripada perspektif kesihatan dan melengkapi pelajar dengan kemahiran hidup untuk mengatakan tidak kepada seks di luar nikah.
Ibu bapa boleh memilih untuk mengeluarkan anak-anak mereka daripada mengikuti program SEd di sekolah.
Menurut MOE, bahan baru bagi program-program yang disemak itu telah diagih ke semua sekolah rendah dan ia akan mula melatih guru-guru dalam beberapa bulan mendatang.
Ia dijangka bermula hujung tahun ini atau awal tahun depan.
Tampilkan postingan dengan label seks. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label seks. Tampilkan semua postingan
Skandal seks Mat Sabu saman Mashitah
Label: mashitah, mat, sabu, saman, seks, skandalHafiz Yatim
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.
Ia ekoran tulisan Mashitah dalam Sinar Harian bertajuk "Skandal seks, krisis politik Pakatan" pada 2 Mac tahun lepas.
Mashitah (kanan) seorang kolumnis di harian berbahas Melayu itu.
Ketua Pengarang Sinar Harian Norden Mohamed, penerbit Karangkraf Sdn Bhd dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd turut dinamakan sebagai defendan.
Saman itu difailkan pada 25 September.
Saman yang sama difailkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Artikel Mashitah itu antaranya didakwa menggambarkan Mohamad bertindak mendedahkan aurat kepada wanita bukan mahram dan pemimpin tidak bermoral.
kerengga
Kejam! Gadis Dijadikan Hamba Seks Abang Ipar
Label: abang, dijadikan, gadis, hamba, ipar, kejam!, seks
Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bukan saja diperlakukan seperti hamba seks, malah dikurung dan dirogol oleh abang iparnya sendiri sejak empat tahun lalu.
Lebih malang, mangsa yang pertama kali dirogol suspek berusia 30-an itu sejak 2008, di rumah sewa bapanya sebelum diugut akan mencederakannya jika mangsa mengadu kepada keluarganya.
Difahamkan, mangsa mula dijadikan hamba seks sejak tahun 2008 ketika mereka tinggal di rumah bapanya di Pulau Pinang dan berterusan diperlakukan lebih lima kali sehingga 2009
"Mangsa yang takut dicederakan terpaksa mengikut kehendak suspek sehingga dia berpindah ke Perlis dan tinggal di Jejawi sejak 2010.
"Tidak lama selepas mangsa tinggal di situ, abang iparnya datang mencarinya sebelum tinggal di rumah ibunya sejak awal tahun ini," katanya.
Menurut sumber, mangsa menjadi hamba seks ketika ketiadaan ibu dan bapanya kerana keluar bekerja dan meninggalkan mangsa bersama abang serta kakak iparnya.
"Sebaik abang iparnya berpindah ke situ, mangsa dirogol suspek lebih lapan kali sejak awal tahun ini dan kali terakhir jam 8.30 pagi, 8 Julai lalu.
"Dalam kejadian terbaru itu, suspek mengejutkan mangsa yang ketika itu tidur di ruang tamu rumahnya di Jejawi, di sini, sebelum mengeheretnya masuk ke dalam bilik tidur ibunya sebelum merogolnya.
"Mangsa yang trauma dan merana dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Arau pada 12 Julai lalu," katanya.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, kerika ditemui mengesahkan menerima laporan itu.
Menurut sumber, mangsa menjadi hamba seks ketika ketiadaan ibu dan bapanya kerana keluar bekerja dan meninggalkan mangsa bersama abang serta kakak iparnya.
"Sebaik abang iparnya berpindah ke situ, mangsa dirogol suspek lebih lapan kali sejak awal tahun ini dan kali terakhir jam 8.30 pagi, 8 Julai lalu.
"Dalam kejadian terbaru itu, suspek mengejutkan mangsa yang ketika itu tidur di ruang tamu rumahnya di Jejawi, di sini, sebelum mengeheretnya masuk ke dalam bilik tidur ibunya sebelum merogolnya.
"Mangsa yang trauma dan merana dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Arau pada 12 Julai lalu," katanya.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, kerika ditemui mengesahkan menerima laporan itu.
sumber: