Tampilkan postingan dengan label selepas. Tampilkan semua postingan

Cerita Mat Rempit Insaf Selepas Mendengar Ceramah Ustaz Azhar Idrus
Label: azhar, ceramah, cerita, idrus, insaf, mat, mendengar, rempit, selepas, ustazSalam semua,
Petikan dari sebuah Facebook seorang anak muda Terengganu
( Diedit serba sedikit supaya mudah difahami)

Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku...Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu...Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)...batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu...aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh...sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa...
Hok paling aku suke...awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) ...siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku...sebab aku kate ker dyer...lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang...sebab mung nok uat bini kam...kene jage r MARUAH bakal bini mung...InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia...jeput mari belake neh...rumah depan Keda Sabasun..hahaha
GituLA serba sedikit kisoh aku...PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar...kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar...siap dapat kawin dengan ustazah agi...dapat pulop kerje sedap...BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA...berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)...akhir kata..JOM GI KULIAH...kikikiki...
dop seke pando gok aku uat karangan...spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..
Ya Allah Ya Tuhanku...banyok dosaku PadaMu ya Allah...Aku Mohon Keampunanpu YaAllah...Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini...setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah...Matikanlah aku dalam iman...AMIN(mohon sahabat doakan)
sumber

Sebagai MAT REMPIT berjaya...aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**. Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.
SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang...apatah lagi nok GIsurau bala atau majlis ilmu..JAUH...Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa...tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2..
Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik..Ayoh aku sengelen(sengaja) pasang kuat...nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau(padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang mengantuk dan bosan...jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR...
Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju...Islam dop sekat...asalkan time semayang,,mung sembahyang...time gi surau...mung gi surau...NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda...KUDA zaman lening mutorsikal r.."

satu agi..
"Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH...tapi dengan syarat...mung letok ayah orang puan tu tengoh2..."HAHA

Jadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara..JAHAT...dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT...Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh...tapi kene semayang...kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2...aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) .
Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku...Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu...Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)...batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu...aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh...sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa...
Hok paling aku suke...awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) ...siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku...sebab aku kate ker dyer...lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang...sebab mung nok uat bini kam...kene jage r MARUAH bakal bini mung...InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia...jeput mari belake neh...rumah depan Keda Sabasun..hahaha
GituLA serba sedikit kisoh aku...PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar...kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar...siap dapat kawin dengan ustazah agi...dapat pulop kerje sedap...BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA...berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)...akhir kata..JOM GI KULIAH...kikikiki...
dop seke pando gok aku uat karangan...spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..
Ya Allah Ya Tuhanku...banyok dosaku PadaMu ya Allah...Aku Mohon Keampunanpu YaAllah...Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini...setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah...Matikanlah aku dalam iman...AMIN(mohon sahabat doakan)
Uncle Seekers ditahan semula selepas dibebaskan
Label: dibebaskan, ditahan, seekers, selepas, semula, uncle
[SH] JOHOR BAHRU - Polis menahan semula pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas bagi membantu siasatan berhubung penulisan di blognya www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim, selepas tempoh remannya berakhir semalam.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan semula sejurus dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.
Katanya dia ditahan semula untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 34 tahun, 4 Julai lepas.
Polis hari ini telah mendapatkan perintah mahkamah untuk meremannya selama tiga hari sehingga Sabtu ini, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
"Syed Abdullah dibebaskan semalam selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk tindakan lanjut. Dia, bagaimanapun, ditahan semula selepas itu untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berhubung 64 entri di dalam blog terbabit," katanya.
Ismail berkata teman wanita Syed Abdullah, yang sebelum ini turut ditahan reman telah dibebaskan semalam dengan jaminan polis.
Beliau berkata polis juga sedang menjalankan siasatan terhadap dua lagi rakan Syed Abdullah yang kini ditahan reman selepas kedua-duanya ditahan di Jalan Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka, 8 Julai lepas.
Terdahulu, Syed Abdullah yang berpakaian lokap tiba di Kompleks Mahkamah Johor Baharu dengan diiringi anggota polis IPD Nusajaya kira-kira pukul 1.50 tengah hari dan dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira 4 petang.
Permohonan reman dilakukan di hadapan Majistret Maslinda Selamat dan Syed Abdullah diwakili peguam D.Thiru Kumar.
Syed Abdullah, 46, ditahan polis bersama wanita berumur 26 tahun terbabit di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, pada pukul 9.45 malam, 4 Julai lepas.
Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. - Bernama

kafesantai