Tampilkan postingan dengan label ditahan. Tampilkan semua postingan

Uncle Seekers ditahan semula selepas dibebaskan
Label: dibebaskan, ditahan, seekers, selepas, semula, uncle
[SH] JOHOR BAHRU - Polis menahan semula pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas bagi membantu siasatan berhubung penulisan di blognya www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim, selepas tempoh remannya berakhir semalam.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan semula sejurus dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.
Katanya dia ditahan semula untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 34 tahun, 4 Julai lepas.
Polis hari ini telah mendapatkan perintah mahkamah untuk meremannya selama tiga hari sehingga Sabtu ini, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
"Syed Abdullah dibebaskan semalam selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk tindakan lanjut. Dia, bagaimanapun, ditahan semula selepas itu untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berhubung 64 entri di dalam blog terbabit," katanya.
Ismail berkata teman wanita Syed Abdullah, yang sebelum ini turut ditahan reman telah dibebaskan semalam dengan jaminan polis.
Beliau berkata polis juga sedang menjalankan siasatan terhadap dua lagi rakan Syed Abdullah yang kini ditahan reman selepas kedua-duanya ditahan di Jalan Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka, 8 Julai lepas.
Terdahulu, Syed Abdullah yang berpakaian lokap tiba di Kompleks Mahkamah Johor Baharu dengan diiringi anggota polis IPD Nusajaya kira-kira pukul 1.50 tengah hari dan dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira 4 petang.
Permohonan reman dilakukan di hadapan Majistret Maslinda Selamat dan Syed Abdullah diwakili peguam D.Thiru Kumar.
Syed Abdullah, 46, ditahan polis bersama wanita berumur 26 tahun terbabit di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, pada pukul 9.45 malam, 4 Julai lepas.
Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. - Bernama

kafesantai
Kerana Terlalu Tampan 3 Lelaki Ditahan Polis Syariah Arab Saudi
Label: 3, arab, ditahan, kerana, lelaki, polis, saudi, syariah, tampan, terlalu
Beberapa anggota keamanan Arab Saudi menenangkan seorang anggota polis syariah selepas insiden di pavilion Kesatuan Arab Bersatu dalam sebuah festival budaya di ibu kota Riyadh, Minggu (16/4/2013).
Para polis syariah itu kemudian menahan tiga pemuda Kesatuan Arab Bersatu dengan alasan ketiga pemuda itu "terlalu kacak". Demikian dilaporkan laman berita Arab Saudi, Elaph.
"Seorang petugas festival mengatakan tiga warga Arab dibawa pergi kerana mereka dianggap terlalu tampan. Polis Syariah bimbang ketampanan mereka boleh membuat para perempuan yang datang ke festival bergunjing dan menyukai mereka," demikian Elaph.
Ketiga pemuda "kacak" itu dikhabarkan langsung dihantar pulang dari Arab Saudi ke Abu Dhabi.
Ternyata insiden di gerai milik Kesatuan Arab Bersatu tak hanya melibatkan tiga pemuda tampan itu, tapi juga melibatkan penyanyi perempuan terkenal UAE, aryam.
Aryam mengakui dia memang berada di pavilion UAE, dan tidak berniat untuk menyanyi.
"Saya memang melawat pavilion UAE sebagai anggota delegasi. Saya berada di sekitar 20 saat dan tidak berniat bernyanyi," papar aryam.
Aryam, yang kelahiran Mesir, mengaku dia diundang oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Abu Dhabi ketika insiden berlaku. Polis Syariah langsung mendatangi pavilion UAE saat aryam menyapa penggemarnya dan sedikit melantunkan lagu untuk mereka.
Walau bagaimanapun, wakil UAE dalam festival itu mengatakan kunjungan aryam sama sekali tidak dirancang.
"Lawatan aryam murni di luar jadual, kerana tidak termasuk dalam jadual program yang kami serahkan ke panitia festival," kata Ketua delegasi UAE, Saeed Al Kaabi.

Sumber kompas.com