Tampilkan postingan dengan label 3. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 3. Tampilkan semua postingan

Nahas 3 Penuntut Gurauan Terakhir Adam

. Senin, 30 Desember 2013
0 komentar

Nahas 3 Penuntut: Gurauan Terakhir Adam

Nahas 3 Penuntut: Gurauan Terakhir Adam - MUAR : “Adam yang kahwin, mak…Adam yang kahwin,” antara gurauan terakhir Adam Ab Rahman kepada ibunya apabila ditanya majlis perkahwinan siapa dihadiri di Kuala Lumpur sebelum terlibat kemalangan, awal pagi kelmarin.

Remaja berusia 18 tahun itu, sempat bergurau bersama ibunya menerusi panggilan telefon.
Penuntut Tahun Satu Diploma Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bersama rakan-rakannya hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan di KM 14.5 Lebuhraya Persekutuan.

Nahas itu turut mengorbankan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan Dali, masing-masing berusia 18 tahun ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari I-City, Shah Alam.
Ibu mangsa, Saadah Khanan, 47, mengakui memahami maksud tersirat di sebalik gurauan ‘kahwin’ yang diucapkan Adam apabila anaknya itu diraikan oleh saudara mara dalam suasana yang hiba iaitu pada hari pengebumiannya petang kelmarin.

“Saya tidak sangka ‘kahwin’ yang disebut arwah dalam telefon tempoh hari itu adalah petanda dia akan meninggalkan saya buat selama-lamanya.

“Saya tak dapat lupakan gurauan itu. Masih jelas suara dia di telinga saya hingga hari ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Saadah berkata, dalam panggilan telefon itu, anaknya turut berkali-kali meminta supaya mendoakannya selain memulakan serta mengakhiri panggilan dengan ucapan salam yang tidak pernah dilakukan Adam sebelum ini.

Jenazah Adam selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, 6.30 petang kelmarin. – Sinar Harian
Read More..

Kerana Terlalu Tampan 3 Lelaki Ditahan Polis Syariah Arab Saudi

. Selasa, 17 Desember 2013
0 komentar



Beberapa anggota keamanan Arab Saudi menenangkan seorang anggota polis syariah selepas insiden di pavilion Kesatuan Arab Bersatu dalam sebuah festival budaya di ibu kota Riyadh, Minggu (16/4/2013).

RIYADH - Satu festival kebudayaan Timur Tengah Genaderia di ibu kota Arab Saudi yang diadakan pada 14/4/2013 , mencetuskan satu insiden ketika polis Syariah Arab Saudi menyerbu gerai milik Kesatuan Arab Bersatu.

Para polis syariah itu kemudian menahan tiga pemuda Kesatuan Arab Bersatu dengan alasan ketiga pemuda itu "terlalu kacak". Demikian dilaporkan laman berita Arab Saudi, Elaph.

"Seorang petugas festival mengatakan tiga warga Arab dibawa pergi kerana mereka dianggap terlalu tampan. Polis  Syariah bimbang ketampanan mereka boleh membuat para perempuan yang datang ke festival bergunjing dan menyukai mereka," demikian Elaph.

Ketiga pemuda "kacak" itu dikhabarkan langsung dihantar pulang dari Arab Saudi ke Abu Dhabi.

Ternyata insiden di gerai milik Kesatuan Arab Bersatu tak hanya melibatkan tiga pemuda tampan itu, tapi juga melibatkan penyanyi perempuan terkenal UAE, aryam.

Aryam mengakui dia memang berada di pavilion UAE, dan tidak berniat untuk menyanyi.

"Saya memang melawat pavilion UAE sebagai anggota delegasi. Saya berada di sekitar 20 saat dan tidak berniat bernyanyi," papar aryam.

Aryam, yang kelahiran Mesir, mengaku dia diundang oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Abu Dhabi ketika insiden berlaku. Polis Syariah langsung mendatangi pavilion UAE saat aryam menyapa penggemarnya dan sedikit melantunkan lagu untuk mereka.

Walau bagaimanapun, wakil UAE dalam festival itu mengatakan kunjungan aryam sama sekali tidak dirancang.

"Lawatan aryam murni di luar jadual, kerana tidak termasuk dalam jadual program yang kami serahkan ke panitia festival," kata Ketua delegasi UAE, Saeed Al Kaabi.

  Sumber kompas.com
Read More..