Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Perkosa Wanita AS 4 Lelaki Ditangkap Polis

. Kamis, 20 Februari 2014
0 komentar

  23 April 2013
Port Moresby - Polis Papua Nugini bertinjauan menangkap 4 pelaku pemerkosaan beramai-ramai seorang wanita   Amerika Syarikat. Wanita tersebut diperkosa secara bergiliran oleh 7 lelaki di tengah hutan.

Pemerkosaan ini terjadi minggu lalu di tengah hutan di Pulau Karkar, Provinsi Madang, Papua Nugini. Saat itu, korban bersama suami dan seorang pemandu tengah berjalan di jalan setapak hutan setempat.

Tiba-tiba muncul pelaku yang membawa senjata api dan menyekap suami korban dan si pemandu. Korban sendiri ditelanjangi oleh pelaku. Tangan korban diikat dan kemudian diperkosa secara bergiliran. Demikian seperti dilansir AFP, Selasa (23/4/2013).

Jurucakap  polis setempat menuturkan, lima pelaku lainnya masih diburu. Polis  meminta bantuan warga setempat untuk memburu para pelaku.

Ketua Polis   Wilayah Madang, Inspektur Sylvester Kalaut menuturkan, jumlah semua ada 9 pelaku yang terlibat kes ini. Tujuh pelaku memperkosa korban, sedangkan dua pelaku lainnya mengawasi perbuatan jijik rakan-rakannya.detikNews

"Saya meminta kepada warga Karkar yang taat hukum, untuk membantu polis  dengan memberikan informasi sehingga kami boleh segera menangkap semua tertuduh," ujar Kalaut kepada media National Broadcasting Corporation of PNG.

"Jelas, ini yang terbaik bagi negara kita. Orang-orang tersebut menganiaya ekspatriat yang ada di sini, yang sebenarnya berusaha membantu warga kita sendiri," imbuhnya.

Kes kekerasan terhadap wanita, termasuk kekerasan dalam rumah tangga, telah menjadi masalah yang cukup mengakar di wilayah Papua Nugini. Namun sebelumnya, kes kekerasan semacam ini jarang menimpa wanita kulit putih atau wanita asing.

Beberapa minggu lalu, seorang lelaki warga negara Australia meninggal dibunuh. Kekasihnya yang berasal dari Filipina bahkan diperkosa oleh sekelompok lelaki yang masuk ke kediaman mereka di wilayah Western Highlands.

Hukuman maksimal bagi tindak pemerkosaan di Papua Nugini adalah hukuman penjara seumur hidup.
Read More..

Dakwaan Harris polis rampas IC pandangan peribadi Polis

. Sabtu, 28 Desember 2013
0 komentar
 

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menyifatkan pandangan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh (gambar) sebagai pandangan peribadi.

"Bagi saya itu pandangan peribadi dia kerana semua tindakan kita tidak ada pilih kasih.

"Kita bertujuan untuk membanteras jenayah dan dalam tindakan kita tidak ada pilih bulu, orang Bajau ke orang Sulu ke, kita tidak kira," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Sebelum ini, Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

Laporan portal berita Daily Express menyebut, Harris mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna itu.

Menurut laporan itu, Harris mendakwa diminta berbuat demikian oleh beberapa orang pemimpin masyarakat tersebut.

"Pemimpin Suluk ini melaporkan bahawa polis mengambil kad pengenalan mereka dan dokumen IMM3 (orang Suluk) dan memusnahkannya.

“Ini tidak wajar bagi pasukan polis Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan apa jua tamadun yang diketahui, mahupun dari segi agama, undang-undang dan dasar kerajaan Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Harris dalam laporan itu juga berkata, polis tidak berkuasa untuk memusnahkan apa-apa dokumen kerajaan persekutuan.

“Mereka hanya boleh berbuat demikian selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya lagi.
Read More..

Airmata Kebanggaan Kesayuan Iringi Sambutan Hari Polis Ke 206

. Rabu, 25 Desember 2013
0 komentar
Wajah Pewira Yang Diberi Kenaikkan Pangkat


KUALA LUMPUR – Hari Polis ke-206 hari ini disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik.
Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.
Kesedihan jelas terpancar di wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menyampaikan kenaikan pangkat itu kepada anak tunggal DSP Michael Padel yang memakai baju kemeja dan berseluar hitam tanda masih berkabung atas kematian bapanya.
   
Kelapan-lapan pegawai dan anggota yang gugur itu mendapat kenaikan pangkat secara Medan Posthumous.
   
Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.
Sambutan Hari Polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bermula 8.30 pagi dengan perbarisan lintas hormat.
Perbarisan itu turut disertai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat. Mereka diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu.
Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
Sambutan Hari Polis, yang bertemakan ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ itu antara lain mengetengahkan revolusi kepolisan negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.
Tiga era perkhidmatan PDRM itu ialah dari zaman Kesultanan Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan; pasukan polis di zaman pasca merdeka sehingga era komunis; dan menuju era kepolisan bertaraf antarabangsa.
Pada sambutan kali ini buat pertama kalinya, pasukan polis mempersembahkan lagu tema perbarisan sempena sambutan Hari Polis. – Bernama
549779_581306905212954_597028956_n
5268_581298721880439_1624831925_n
481954_581242028552775_1425032751_n
601973_581241768552801_1008123745_n
179019_581306725212972_773044_n
Read More..

Kerana Terlalu Tampan 3 Lelaki Ditahan Polis Syariah Arab Saudi

. Selasa, 17 Desember 2013
0 komentar



Beberapa anggota keamanan Arab Saudi menenangkan seorang anggota polis syariah selepas insiden di pavilion Kesatuan Arab Bersatu dalam sebuah festival budaya di ibu kota Riyadh, Minggu (16/4/2013).

RIYADH - Satu festival kebudayaan Timur Tengah Genaderia di ibu kota Arab Saudi yang diadakan pada 14/4/2013 , mencetuskan satu insiden ketika polis Syariah Arab Saudi menyerbu gerai milik Kesatuan Arab Bersatu.

Para polis syariah itu kemudian menahan tiga pemuda Kesatuan Arab Bersatu dengan alasan ketiga pemuda itu "terlalu kacak". Demikian dilaporkan laman berita Arab Saudi, Elaph.

"Seorang petugas festival mengatakan tiga warga Arab dibawa pergi kerana mereka dianggap terlalu tampan. Polis  Syariah bimbang ketampanan mereka boleh membuat para perempuan yang datang ke festival bergunjing dan menyukai mereka," demikian Elaph.

Ketiga pemuda "kacak" itu dikhabarkan langsung dihantar pulang dari Arab Saudi ke Abu Dhabi.

Ternyata insiden di gerai milik Kesatuan Arab Bersatu tak hanya melibatkan tiga pemuda tampan itu, tapi juga melibatkan penyanyi perempuan terkenal UAE, aryam.

Aryam mengakui dia memang berada di pavilion UAE, dan tidak berniat untuk menyanyi.

"Saya memang melawat pavilion UAE sebagai anggota delegasi. Saya berada di sekitar 20 saat dan tidak berniat bernyanyi," papar aryam.

Aryam, yang kelahiran Mesir, mengaku dia diundang oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Abu Dhabi ketika insiden berlaku. Polis Syariah langsung mendatangi pavilion UAE saat aryam menyapa penggemarnya dan sedikit melantunkan lagu untuk mereka.

Walau bagaimanapun, wakil UAE dalam festival itu mengatakan kunjungan aryam sama sekali tidak dirancang.

"Lawatan aryam murni di luar jadual, kerana tidak termasuk dalam jadual program yang kami serahkan ke panitia festival," kata Ketua delegasi UAE, Saeed Al Kaabi.

  Sumber kompas.com
Read More..